KONSEP ISLAM HADHARI PDF

Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: "Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam". Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa; i. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

Author:Tojagis Kazrajinn
Country:Dominica
Language:English (Spanish)
Genre:History
Published (Last):20 March 2008
Pages:219
PDF File Size:12.7 Mb
ePub File Size:12.10 Mb
ISBN:270-7-71781-593-5
Downloads:22319
Price:Free* [*Free Regsitration Required]
Uploader:Douramar



Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk. Manakala takrif Islam Hadhari secara lengkap ialah: "Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam". Sebagai huraian kepada takrif di atas bahawa; i. Islam Hadhari membawa maksud ajaran Islam yang membawa fokus kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran.

Pendekatan Islam Hadhari, tidak menolak pentingnya aspek ritual dalam pembinaan tamadun. Ini kerana pandangan hidup, sistem nilai, kestabilan jiwa dan kemajuan rohaniah merupakan tonggak kepada pembinaan tamadun yang luhur. Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan Agama.

MISI : Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang. OBJEKTIF : Objektif Islam Hadhari adalah bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual rohani , akhlak, intelektual, material, mampii berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah 2. Kerajaan Adil dan Beramanah 3. Rakyat Berjiwa Merdeka 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif 6. Kehidupan Berkualiti 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan Budaya dan Moral 9. Pemuliharaan Alam Semulajadi Kekuatan Pertahanan Gabungan prinsip-prinsip di atas adalah dirangka menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum.

Pendekatan ini juga adalah untuk memperkasa umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Perincian kepada prinsip-prinsip di atas adalah seperti berikut; i. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s. Gabungan kemantapan akidah kepercayaan , syariah perundangan , akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang.

Ini bersesuaian dengan firman Allah s. Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah s. Dalam surah al-Kafirun: 6, Terjemahan: "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". Kerajaan Adil Dan Beramanah Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya iaitu bersesuaian dengan firman Allah s. Sesungguhnya Allah Dengan suruhanNya itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu.

Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik good governance dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah tidak boros dan perbelanjaan berhemah melahirkan negara yang baik, maju dan dirahmati Allah s. Rakyat Berjiwa Merdeka Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka.

Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah s. Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalan-amalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu.

Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh.

Setiap anggota masyarakat harus digerakkan potensinya sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri.

Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara. Penguasaan Ilmu Pengetahuan Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan.

Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita.

Ini bertepatan dengan firman Allah s. Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Tamadun Baghdad dan Tamadun Andalusia menjadi contoh nyata bagaimana ilmu yang bersepadu mampu menyumbang ke arah pembangunan tamadun Barat dan Timur. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan cabaran semasa, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.

Melalui pengukuhan ilmu fardu ain yang dilengkapkan dengan penguasaan ilmu fardu kifayah, hasrat untuk mencapai kecemeriangan terbuka luas. Melalui sistem pendidikan yang melengkapi dwi pengkhususan dan double major, kita boleh melahirkan sumber tenaga yang mampu menerajui program pembangunan negara dan ummah. Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini.

Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan tadabbur dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur.

Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif Dalam usaha untuk memajukan negara, aspek ekonomi turut sama diberi keutamaan oleh Islam. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensifmemberikan satu pendekatan yang menggabungkan kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan ekonomi di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Untuk menjayakan pendekatan tersebut, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu sama-sama berperanan secara bersepadu. Ini sudah pun diberi penekanan dalam konsep pensyarikatan Malaysia.

Islam Hadhari menuntut setiap masyarakat Islam merebut peluang untuk memaju pencapaian ekonomi mereka. Usaha-usaha untuk memantapkan keadilan dan kestabilan ekonomi di dalam negara akan terus diberi keutamaan.

Melalui strategi pembasmian kemiskinan, mencapai guna tenaga penuh, kestabilan paras harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapan, keadilan dan kestabilan ekonomi akan dapat dicapai. Bahkan strategi tersebut menepati aspirasi Islam Hadhari. Melalui strategi tersebut negara mampu mengembeling kesemua tenaga rakyat semoga mereka dapat berprestasi di peringkat optimum.

Dalam rangka yang sama pendekatan Islam Hadhari akan terus berusaha untuk meningkat kecekapan sistem penyampaian sektor awam dan prestasi sektor swasta. Justeru itu mutu sistem pendidikan dan Institusi Latihan Negara perlu sentiasa dipertingkatkan semoga kesemua aspek keperluan tersebut dapat dibekalkan kepada rakyat.

Dalam suasana ekonomi dunia yang sangat mencabar dan tidak menentu, perancangan dan dasar ekonomi yang digubal perlu sensitif kepada perkembangan tersebut. Walaupun sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang secara besar-besaran kepada pertumbuhan ekonomi negara, demi keselamatan negara, sektor pertanian akan turut diberi perhatian yang sewajarnya. Pembekalan kepada makanan asasi rakyat, sesuatu yang dituntut oleh Islam. Melalui kemajuan bidang sains bioteknologi, negara akan berusaha untuk memaju sektor pertanian dengan teknologi tersebut.

Jelas sekali bahawa pendekatan Islam Hadhari adalah suatu pendekatan yang komprehensif di mana pencapaian pembangunan ekonomi, negara mampu menjana kepada wujudnya sebuah masyarakat yang bertamadun dan progresif. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama.

Bahkan Islam menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari semasa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia. Di samping itu, Islam member! Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi.

Bahkan gejala sosial masyarakat dapat dikurangkan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

Dari pendekatan Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan dibangunkan secara bersepadu. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung dalam Maqasid as-Syariah. Oleh itu tidak boleh berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari segi undang-undang.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya akan keadaan dan amalan kamu.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki.

Mereka berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara, aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara. Rasulullah s.

Sekiranya mereka melakukan demikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah al-Quran ". Realiti yang berlaku di negara kita sejak negara mencapai kemerdekaan sampai ke hari ini menunjukkan setiap kaum dan bangsa tidak dinafikan hak-hak mereka, bahkan dalam beberapa perkara diberikan perlindungan dan jaminan melalui undang-undang negara.

Di negara kita seperti juga di kebanyakan negara- negara lain bagi menjamin hak-hak seseorang dan kumpulan itu tidak dinafikan. Bahkan dalam beberapa aspek kedudukan wanita di negara ini jauh lebih baik berbanding di sesetengah negara Islam.

Ada undang-undang yang menjamin hak-hak mereka dan kesatuan yang menguruskannya.

CAUSALITY AND EMPTINESS THE WISDOM OF NAGARJUNA PDF

Islam Hadhari

Ini kerana,latihan merupakan proses pembelajaran dan pemberian maklumat dalam tempoh yang terlalu singkat dan pendek. Pihak pengurusan latihan,terpaksa memikul amanah berat,kerana perlu memastikan diakhir sesi latihan yang singkat itu, bahawa audian yang mengikuti program kursus itu menjadi tahu dari tak tahu sebelumnya,menjadi pandai dari tak pandai sebelumnya dan menjadi mahir dari sebelumnya. Dalam erti kata lain,latihan tidak boleh semata-mata dihadkan hanya kepada penerimaan maklumat atau data-data. Tetapi yang lebih penting ialah latihan yang boleh memberi nilai-tambah value-added knowledge kepada keluaran dan perkhidmatan. Ini akan mermbantu kita untuk bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang perubahan yang mendatang. Justeru dari kata pujangga itu,dapatlah digambarkan bahawa amalan merupakan natijah akhir kepada sesuatu keberkesanan latihan yang diberikan kepada audian.

RAICES HEBREAS DEL CRISTIANISMO PDF

Konsep & Falsafah Islam Hadhari

.

CAPTIVATED BY DEB APODACA PDF

.

FRANZ KAFKA DONUSUM PDF

.

Related Articles